Tuesday, December 27, 2011

Lama berjalan tak jumpa jalan

Salam, lama tidak menukilkan cerita, dah lama aku berjalan tapi masih tak jumpa2 jalan, apa kah kejadahnya? senyum saja la. harap ada kesempatan.. apa lagi aku boleh buat.. sentiasa perlu tegur diri agar sedar diri.. aku rasa patut terus menulis.. sbb ada semacam semangat dan mood yang tertanam bersama kata-kata yang dinukilkan.. bila baca semula.. semangat dan mood tersebut seakan "segar semula".. kita kan semakin tua.. makin lama berjalan.. makin entah mana-mana jalannya.. harapnya tidak sesat jalan tidak jumpa jalan pulang.. :) aku 36 tahun.. Alhamdulillah dikurniakan hidup sejauh ini.. tidak berguna kehidupan tanpa ujian, tanpa rasa, ibarat telan makanan rasa tawar sahaja.. gembira, sedih, suka, tak suka, semua asam garam dan perencah dalam kehidupan.. kita mau pedas, masam, masin dan sebagainya.. pelbagai rasa, bermakna pelbagai ujian, makanya lebih bermakna kehidupan.. manusia jauh dari sempurna, itulah hakikatnya, menguji jiwa, sejauhmana kita dapat menerima yang kecil tapi rasa syukur yang besar.. ya. terima sedikit tapi besar rasa kesyukurannya.. bukan kah itu yang dipinta.. ayat 2 surah Al-Fatihah..

Saturday, January 26, 2008

2 daripada 99

Semua topik lebih berasaskan kepada persoalan '?' kerane sy sendiri mencari jawapan, dgn adenye pertanyaan, menunjukkan adenye 'keinginan'.. bila dah jatuh cinta, banyak je bende2 yang kita nak tau lebih dekat.. itu adalah konsep 'Jalan-jalan cari jalan'.. bagi sy selagi kita melafazkan 'tunjukkan kami jalan yg lurus', selagi itu kita tak harus mendabik dada & berpuashati dengan apa yg kita ada pada hari ini.. perjalanan masih panjang & belum selesai..

2 nama daripada 99 nama terpilih dijadikan pembukaan surah Al-Fatihah, yang kita sering katakan sebagai Ummul Kitab. Apakah keistimewaannya? Tiada istilah 'saje2' atau 'suka2' disini melainkan hikmah yang dalam..

Ar-Rahman & Ar-Rahim, jauh kita berjalan, kadang2 kita lupa jejak kita kali pertama (langkah pertama dari beribu2 juta langkah yang lain). Lama kita menulis, tapi kita terlupa hari pertama kita mula kenal huruf 'A'..

Benarkah kita cinta, kalau kita tidak benar2 kenal?

Jawapannye pasti amat luas, dan bicara & akal manusia ini adalah terhad, namun masih ada yg dalam jangkauan kita, Ar-Rahman - Maha Pemurah - untuk menghuraikan ini, perlulah ada degree & Master dalam bidang berkaitan, untuk sekadar menjaga kualiti huraian.

tapi akal yg kecil tetap memungkinkan kita berbicara, muhasabah diri mencari jawapan & menyemai rasa cinta.. Hakikatnya "Allah Maha Pemurah".

Pemurah adalah sifat yang kita kenal, sekiranya kita sebagai pemurah "kita bersifat pemberi kepada sesiapa yang kita simpati, kita tak perlu kenal kepada penerima, kita tetap memberi..

Ar-Rahim - Maha Pengasih - pasti ada perbezaan antara 2 nama tersebut. Apa yang pasti, kasih kita tak tumpah pada semua orang, kita akan bersifat memilih dalam mencurahkan kasih. Kasih lebih menjurus kepada satu jalinan perhubungan yang lebih istimewa antara dua pihak.

Jadi, apakah kemungkinan yang tersirat disebalik yang tersurat? yg pasti yang tersirat itu luas. Apa yg kecil dapat dibicarakan disini 'kita mungkin mudah mencapai 'Kemurahan' tuhan, tetapi mencapai 'kasih' tuhan, kita perlukan lebih daripada 'nyawa' untuk di persembahkan, "Inna Sholatti wanusuki wammayahya wammamatti lilallahirabil'alamin".

Pastikan kita bukan 'pengemis' yang hidup didunia hanya atas dasar 'Maha Pemurah' .

Tuhan lebih mengetahui..

Mencari gua tempat berteduh..

duduk sekejap, tapi kadang2 byk je bende yang melintas, tak kene mengene tapi lambat laun kene juga kat batang hidung sendiri..

Kita ni mesti marah bila org lain mempergunakan nama kita sewenang-wenangnye.. "sapa yang suruh ko masuk ni?" "Ali yang suruh.." "Apsal lak dia suruh ko masuk? Mana Ali? nak kene dia!" "Eh.. bila pulak aku suruh ko masuk?" = Nampak? guna nama tak kene tempatnye, bila masa Ali suruh dia masuk.. dan apa hak dia guna nama Ali.. Macam2 masalah boleh timbul.. itu baru nama orang.. kalau nama 'Tuhan'? - Kesimpulan "Lafaz BISSMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM tak semudah yang disangka"..

tapi itulah hakikatnya, bila hari ini 'Islam' menjadi bermacam2 version - siapa yang menjadi mangsanye? umat kite sendiri. Perbincangan ttg ini akan menjadi begitu subjektif, setiap org akan mempunyai perspektif masing-masing, biarpun pada hakikatnye "Tuhan itu tetap satu".

"Tunjukkan kami Jalan Yg Lurus" Amin.

Tasek Raja Lumu

mencari sesuatu yang hilang.. bila minum teh tak terase manisnye.. bila rasa gatal, nak garu tersalah pula tempatnye.. ada sesuatu yang tak kena.. bila ingin buat baik rasa tak kene tempatnye.. bila masing-masing menghalalkan cara masing-masing.. jalan singkat akhirnya sesat dan tak jumpa jalan pulang.. hidup ni drama realiti.. jumpa ramai org, macam2 ragam, tapi? ragam tak seruga ragam nama nye..

hidup kat malaysia, aman & damai.. sejauhmana realitinye.. silap langkah kita yang terkene.. nama-nama islam diatas jalanraya 'merempit & sebagainye', menonjolkan imej2 negatif, adakah mereka lupa? mereka membawa nama siapa?

inilah berlaku, bila nak masuk rumah tatau pintunye, jumpa tingkap pun boleh masuk, tapi tak la kene cara.. "Al-Fatihah - Pembukaan" Sejauh mana umat kita memahami & memperkasakannya? Sekadar dilafaz 17 kali sehari? bila tak kene cara tak la terbuka pintunya..

"Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah & Maha Penyayang"

Sebagai khalifah, sebagai manusia - kita ibarat duta dalam dunia yang singkat ini.. apepun yang kita buat, kita perlu sentiase ingat 'nama siapa yang kita junjung selama ini', niat tidak pernah menghalalkan cara. Insya Allah, berpesan biarpun satu ayat, semoga 'Ilmu' yang diwarisi daripada junjungan besar Rasulullah SAW akan mendatang manfaat di kemudian hari.. Amin.

dalam senyum, ada gula

berat mata memandang, berat bahu memikul.. salam & doa untuk segala kesengsaraan di seluruh dunia.. terima kasih diatas usaha yang membantu, hari ini hari korang, mungkin esok hari aku..

bola dunia terus bergolak, & aku hanya seekor serangge dikalangan serangge2 diatas muka bola dunia.. opss bini call!! bye

Tuhan untuk dicari?

Menjadi manusia, aku kadangkala mengikut naluri, dan aku - kadangkala mengikut rasa. Apa aku rasa, mungkin 'apa juga yang orang lain akan rasa. Dalam aku alpa setiap hari, dalam aku tergoda dgn bermacam-macam - naluri aku kuat mencari tuhan.

Hanya kerana aku rasa 'aku masih lagi jauh dengan tuhan?'

Nasi Ayam Tomato Senja Merah

Assalamumualaikum.. skang ni, sy kat ofis. hantar org rumah pi kelas (part time). so singgah ofis jap.. tatau nak buat apa, walaupun tau byk je 'apa-apa yang bole dibuat.. tapi buat2 je tatau..

Hari ni 26 januari 2008, sy umur dah nak masuk 33 tahun (separuh perjalanan?). Kadang-kadang ni, gunung tinggi didaki, tapi emas dikaki bukit, macam manapun 'mutiara tetap didasar lautan'.

Menjadi manusia ni, aku kerdil & dunia ini lebih luas dari ape yg kelihatan. Tuhan Maha Tinggi atas segala sesuatu, dan 'Jalan-jalan cari jalan' ini adalah dedikasi aku dalam perjalanan mencari keredaan tuhan.